Friday 28 December 2012

Perlukah dengki itu?


Bismillahirrahmanirrahim



Kadang-kadang kita sebagai manusia, yang diberikan nafsu sebagai ujian, akan turut diuji dgn satu sifat bernama hasad dengki. Dengki ni ibarat api yg memakan kayu. Bayangkan kayu adalah diri kita. Dengki boleh hancurkan kita dalam sekelip mata. Lupakah kita pada Habil dan Qabil? Ada sebab kenapa Allah benarkn pmbunuhan pertama berlaku dlm dunia disbbkn sifat dengki.

Jujur, sebagai manusia, saya pun berasa dengki kadang-kadang. Jealous lebih tepat. Melihat kawan yang mmpunyai kerja yang lebih baik, teman dan harta yang lebih baik dari kita. Melihat teman sekerja yang lebih disayangi bos kita. Atau kawan kita yang mempunyai kisah cinta yg kita rasakan 'indah' dan sebagainya.


Berdoalah semoga dipelihara dari sifat dengki.


Bila jadi macam ni, kita akan terfikir. Kenapa Allah bagi dia mcm tu dan kenapa bukan aku? Berhati2 dgn bisikan itu. Itu adalah permulaan hasad dengki. Lupakah kita bagaimana bermulanya dendam iblis dengn moyang kita, Nabi Adam a.s? Merasakan dia lebih hebat kerana dicipta dari api. Dan kerana itu, Allah takdirkan iblis menjadi musuh kita yang nyata. Bermula dengan hasad dengki.

Bagi saya, jika kita mula merasakan sebegini, kita perlu mula memadamkan percikan dengki ini sebelum mnjadi api amarah yang akan memakan sifat mukmin yg kita bina dengan susah payah. Lihat, betapa banyak contoh di dalam surat khabar. Pembunuhan dan sebagainya. Mungkin kebanyakannya bermula dari dengki yang kemudian mencetus amarah.

Bolehkah 'membunuh' dengki ini?


Saya ingin berkongsi beberapa cara yang saya rasa boleh memadamkan kedengkian dalam hati kita. Insya Allah. Dialah yang akan menolong kita semua.

1.Meredhakan apa yang berlaku

Contohnya, jika ada kawan yang mendapat bonus yang lebih tinggi misalnya, ada yang mendapat pasangan yang lawa, ada yang rezekinya lebih sedikit dari kita, kita perlu redha. Yakin bahawa Allah yang mmberi perkara itu. Jadi jika Allah yang bagi, adakah kita rasakan itu adalah sesuatu yang sia-sia? Sudah tentu tidak. Jadi redhalah. Janganlah kita merasakan kita lebih layak untuk perkara itu dan sebagainya. Itu akan membuatkan kita meragui sesuatu yang Allah takdirkan. Adakah kita lebih mengetahui dari Yang Maha Mengetahui?

2.Mendoakan mereka dengan ikhlas

Setiap kali bisikan dengki itu datang, cepat-cepat kita tepis dengan doa. Berdoalah supaya Allah murahkan rezeki mereka dan Allah mmberi hidayah supaya rezeki itu tidak menjadi sebab bagi murkanya Allah pada mereka. Dengan doa, dengan izin Allah, hati kita akan jadi tenang. Tenang dengan berserah dan pengharapan kita. Dengan berdoa, kita akan mudah mengukir senyuman berbanding bertanya kenapa begitu dan begini.

3. Anggaplah usaha kita tidak mencukupi untuk rezeki seperti itu.

Sebagai contoh, jika kita melihat rakan sekerja yang mendapat gaji atau bonus yang lebih tinggi, ini sepatutnya akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk mencuba dan memberikan yang lebih baik di masa akan datang. Jika ada kawan yang dapat keputusan yang lebih baik dari kita, yakinlah kita masih tidak layak dan prlu melipat ganda usaha dan mengikhlaskan diri kita kerana Allah. Dengan ini, kita akan secara automatik akan meningkatkan diri kearah lebih baik. Dan percayalah, bersaksilah, bahawa orang yang ikhlas dan sentiasa berusaha kerana Allah, tidak akan pernah kalah atau rugi kerana Allah telah menilai setiap titik peluh usaha kita.


Benar memang susah. Namun lupakah kita, jalan untuk mendapat redha Allah memang penuh dengan ujian.


"..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut:2-3)


Kadang-kadang kita cemburu dengan rezeki orang lain sedangkan jika kita bersabar, redha dan tawakal dengan perkara itu, maka itu akan mnjadi rezeki dan kurniaan pada kita yang lebih berharga dari apa yg kita sibuk dengkikan tu.


Rasulullah saw bersabda:  
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 
Hadith riwayat Muslim.
 
 
Senyumlah! Sesungguhnya Allah melihat setiap amal, gerak geri, dan kepayahan yang kita alami demi mencari redhaNya. Sentiasa bersangka baik dan mengharapkan kasih sayang serta redhaNya adalah rezeki yang terbaik buat kita selepas nikmat iman. 

Bersangka baiklah dengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kenapa perlu dengki sedangkan kita boleh berdoa padanya akan perkara yang lebih baik dari itu? 


Sunday 16 December 2012

Rasa memiliki itu bahaya?


Bismillahirrahmanirrahim

          Hari ini hari Ahad. Alhamdulillah cuti. (Maksud saya cuti ini adalah benar-benar tidak diganggu oleh kerja dan lain-lain pada hari kerja). Jadi apa yang biasanya dilakukan adalah bersama dengan keluarga, jadual normal dan rutin yang biasa sebelum saya berkerjaya.

Dan pada hari Sabtu dan Ahad jugalah saya selalu bersama dengan handphone saya yang tak berapa mahal ni. Sudah cukup asalkan dapat berhubung, catat apa yang penting, dan melayan game yang agak addicted di Google Playstore macam Clay jam dan Where's My Water. Haha. Seriously best.

Kemudian saya terfikir. Apa yang saya ada selama ini, dan semua yang disekeliling saya ini, milik saya kah?  Parents, keluarga, pekerjaan, makanan, pakaian, gajet atau apa-apa sahaja. Kita selalu rasa kita memiliki sesuatu atau seseorang itu. Normal. Sebab kita manusia. Mudah lupa.

           Jika kita berada di dalam sesebuah hubungan (yang halal), kita selalu akan rasa kita memiliki si dia. Rasa macam dia milik kita seorang. Totally milik kita. Jodoh kita la katakan. Dan jika kita mempunyai anak, perasaan begitu mesti akan kita rasai juga. Rasa macam kita ada hak yang total pada mereka. Sebenarnya, bagi saya, kita salah jika berfikiran sebegitu. Merasakan segala harta yang kita perolehi, mereka yang ada disekeliling kita, adalah hak kita.


Bagaimana jika kita ubah pemikiran itu?



            Cuba bayangkan jika kita merasakan kita memiliki seseorang, namun Allah yang Maha Tinggi mengambil dia dari kita, mungkin memberikannya pada yang lain, atau mengambil dia kembali kesisiNya, apa yang kita akan rasa? Jujur saya sendiri akan sedih yang amat sangat, terasa macam dunia dah gelap seketika.

Semua ini berlaku sebab kita lupa hakikat sebenar. Sebenarnya semua ini hanya pinjaman. Pinjaman dari Allah. Untuk kita supaya kita sedar yang semuanya tidak akan kekal. Sama ada kita yang akan pergi dahulu atau perkara yang kita 'miliki' itu akan diambil dulu.

              Mari kita cuba ubah. Cuba kita ubah pemikiran bahawa semua ini adalah pinjaman. Ibubapa, kereta, isteri, Galaxy Note II, kesihatan, nyawa. Supaya mudah-mudahan kita akan senang untuk melepaskan jika sampai masa nanti. 


Memang sukar melepaskan sesuatu.


Percayalah, jika kita yakin bahawa semua ini adalah pinjaman, lebih mudah untuk kita menerima takdirNya.

          Benar memang sukar. mengubah sesuatu yang kita dah amalkan sejak kita kecil. Tapi tiada yang sukar bagi Allah. Jika Dia mahu menarik sesuatu, tiada yang dapat menghalang dan jika Dia ingin memberi sesuatu, maka tiada yang dapat mempersoal. bagi saya, benar, rasa memiliki itu memang bahaya.


Berani betul kita rasa kita memiliki seseorang sedangkan jasad yang kita berada di dalamnya ini pun bukan milik kita.

Friday 14 December 2012

Kegagalan itu payah?


Bismillahirrahmanirrahim


Gagal bukan selamanya.


            Gagal adalah biasa. Normal. Semua manusia pernah gagal. Jika kita merasakan ada yang tidak pernah gagal, sentiasa senang, mungkin dia akan gagal di sana. Siapa tahu?


            Bilamana kita gagal, hanya kerana 2 sebab, sama ada kita masih tidak berusaha semampunya atau Allah sengaja menghalang kita dari sesuatu perkara yang Dia rasakan bukan yang terbaik buat kita. Sebagai contoh, ada antara kita yang gagal mengambil bidang jurusan yang kita inginkan di universiti. Malah ada yang lebih hebat ujiannya dengan tidak langsung dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Semuanya urusan Dia. Mempertikaikan kenapa jadi begini dan begitu  seolah kita tidak yakin akan perkara itu yang terbaik untuk kita.


           Berbalik kepada topik tadi. Mengenai kegagalan masuk ke universiti dan jurusan yang diinginkan. Namun cuba kita sama-sama lihat dari sudut positif. Jika kita tidak memasuki universiti, syarikat atau tempat yang kita berada sekarang, sudah tentu kita tidak berada di tahap sekarang dan mengenali insan-insan yang berada di sekeliling kita sekarang. Kita tidak akan merasai kenangan yang kita ada sekarang. What we do yesterday defines us today Tak tau siapa punya quote, but it is nice. Jujur saya bersyukur dengan apa, dimana dan siapa yang saya ada sekarang. Tanpa mereka, saya tidak akan jadi seperti saya yang sekarang. Kenangan itu saya akan bawa sehingga nafas terakhir saya. Honestly. Harapnya saya tidak nyanyuk la. Kena banyak baca Al-Quran semestinya. Tapi itu chapter lain.


 "Manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan Cinta."


            Apa yang penting adalah sentiasa redha dan bersangka baik kepada Allah atas segala kegagalan kita. Kita ini hamba kan? Berani pula nak mempersoal takdirnya begini dan begini. Jika niat dan cara kita sudah sedia elok, tiada sebab kita akan gagal. Jika gagal, mungkin niat kita tidak betul. Tapi jika kita merasakan niat kita sudah tepat, maka bersabarlah. Lambat laun kita tetap akan dapat hasil usaha kita. Allah hanya ingin kita sentiasa mengharap padanya. 


Surah Al Baqarah : 216


              Mungkin Dia tahu kita akan mudah lupa diri jika kita sentiasa di atas. Jika kita 'tersadung',  itu adalah kerana Allah ingin kita melihat ke bawah dan menolong org yang turut sama di bawah. Jika kita mudah mendongak ke atas, itu bermakna Allah mahu kita sentiasa sedar yang semuanya datang dariNya.


            Anggaplah segala kesedihan dan kegagalan itu sebagai 'cuitan' dari Yang Maha Penyayang supaya kita berpaling kembali kepadaNya dan sentiasa menyedari bahawa Dia sentiasa hampir dengan kita, setiap masa, di mana sahaja.

Thursday 13 December 2012

Malaysia kalah?

Bismillahirrahmanirrahim.

 

        Oleh kerana Harimau Malaya kalah dengan Thailand di AFF Suzuki Cup, saya nak ajak mak saya boikot masakan tomyam selama 8 jam. Bermula sekarang. Tapi rasa macam nak sarapan dengan somtam la pulak. Haha.

         Tapi first time, dalam hidup saya, mak saya bergurau dengan saya fasal bolasepak. Dalam minit ke 78 match, mama hantar mesej begini " mama sarankan bhentilah bharap sebab harimau malaya dah kena 2-0 hihi  :-D ". Terkejut saya mengalahkan kawan saya semasa Terasil Dangda menjaringkan gol pertama Thailand. Haha. Tak pernah pula saya tahu dia minat bola. Borak punya borak, baru dapat tahu mak saya minat tengok EPL. At least dia kenal beberapa pemain dan kelab bolasepak EPL (English Premier League).

       Saya honestly terharu. Kenapa? Sebab mak saya cuba untuk menyelami dunia saya, mencari satu persamaan antara ibu dan anak.

        Ini juga adalah antara beberapa sebab kenapa ibu bapa sekarang kurang rapat dengan anak. Tidak ambil endah akan perihal berkaitan anak. Kerana mereka sendiri tidak mahu tahu akan apa yang anak mereka suka, tidak suka dan sebagainya. Anyway, saya tidak mahu mengomen terlalu banyak. Sebab saya sendiri belum mengalami kesusahan sebagai seorang ayah. Mohon Allah mudahkan saya nanti. InsyaAllah.

       Apa-apa pun, Harimau Malaya dah kalah. Terima dengan hati terbuka, dah nampak segala kelemahan, sila baiki dan berikan yang terbaik.

        Dan bagi saya pula, jujur saya akan cuba lebih memahami mak saya. Jika dia cuba untuk memahami saya selangkah, sepatutnya saya cuba untuk memahaminya 3 langkah. Selagi kita masih hidup dan mereka masih bersama kita, cubalah yang terbaik untuk memahami mereka okay?

Lagipun, bukankah syurga kita bawah tapak kaki ibu kita?




Siapakah kita tanpa mereka?

 

Sebab Untuk Bersedih?


Bismillahirrahmanirrahim

Kenapa bersedih atas perkara yang kita tahu akan pergi?



              Sejak 2 atau 3 bulan lalu, saya mengalami kesedihan. Pfft. Siapa yang peduli. Haha. Bak kata orang, mandi tak basah, makan tak kenyang. Tapi bab makan tu tiada kesan kot. Makan untuk hidup okeh. Takkan nak lapar sebab sedih?  Tak munasabah. Haha.

                 Apa-apapun, saya sudah sepenuhnya recover dari kesedihan itu. Tak mau la sedih-sedih dah. Malu la dengan mak saya nanti. Sebab untuk kesedihan itu, memang sebab keduniaan yang tidak sepatutnya kita lakukan. Lama kelamaan saya rasa sesuatu, dan bertanya pada diri sendiri, kenapa aku perlu sedih? Sepatutnya saya rasa gembira sebab Allah dah selamatkan saya dari satu perkara yang Allah tahu bukan yang terbaik untuk saya. Jika Allah tarik sesuatu dari kita, yakinlah perkara itu memang bukan yang terbaik untuk kita. Adakah Allah nak bagi yang tak baik dan tiada manfaat pada kita? Tidak sama sekali. Mustahil.

Jadi, jika kita masih merasa sedih atas sesuatu, cuba kita fahami ayat ini.


" Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berduka cita, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman" (Surah Ali Imran, ayat 139)


                    Saya bukan nak mentafsir ayat al-Quran atau apa kerana saya bukan ahlinya, cuma ayat ini benar-benar direct dan mudah difahami. Allah tidak mahu kita hanya bersedih atau berduka cita. Allah mahu kita meningkatkan keimanan kita dengan asbab kesedihan ini. Bila kita sedih, jadikan perkara itu sebagai sebab untuk kita lebih rapat dengan Allah. Lebih banyak doa padaNya, lebih banyak bergantung padanya. Lebih yakin merasakan bahawa Dialah yang mentakdirkan kesedihan itu. 

              Indah kan, bila Allah jadikan kita sedih supaya kita sedar bahawa hanya Dia yang ada penawar kesedihan tersebut.Lain kali jika saya sedih, saya akan cuba untuk mengingat kembali kata-kata ini :

Kenapa kita hanya memilih satu sebab untuk bersedih sedangkan Allah telah memberikan kita seribu sebab untuk berasa gembira?

So stand on your own feet dan berkata : 

Terima kasih Allah kerana menyayangiku dengan ujianMu.

Wednesday 12 December 2012

Sedang diuji?

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah kita rasa ujianNya terlalu berat?

               Ujian. Semua manusia akan diuji. Semua. Lelaki, wanita. Kaya, miskin. Ujian adalah sesuatu yang kita tidak boleh elakkan. Jika mereka yang selalu hidup dalam kesenangan, kesenangan itu adalah ujian. Jika mereka selalu hidup dalam kekurangan, itu adalah ujian mereka. Maha Suci Allah yang mengetahui apakah ujian terbaik untuk setiap hambaNya.

               Tatkala kita diuji, kuncinya adalah Syukur. Dapat rezeki, kita syukur. Dapat ujian, kita sepatutmya turut bersyukur. Kenapa? Sebab kita dipilih. Kerana Allah tahu apabila kita diuji dengan ujian yang berat, doa kita, harapan kita dan pergantungan kita pada Allah jauh lebih baik dari waktu kita senang. Jauh lebih ikhlas dari waktu kita gembira.

            MasyaAllah, Dia rindu ingin mendengar hambaNya merayu. Kalau kita merayu pada manusia, mereka akan bosan kelama-lamaan dan mereka akan rasa benci dengan kita. Namun bila kita merayu hanya pada Allah, makin Allah mahu mendengar rayuan, rintihan dan permintaan hambaNya. Kerana Maha Suci Allah yang menciptakan kita, Dia jugalah tempat kita kembali mengadu. Mana ada kereta yang rosak pergi servis di kedai komputer. Sudah pasti tempat selayaknya adalah bengkel kereta. Begitu juga dengan kita manusia. Selayaknya hanya Yang Maha Esa.

Masih bersedih?

 

             Okay cuba lakukan perkara ini. Semasa kita sedih dan teringat perkara yang mendukakan kita, apa saja, kita letakkan tangan di dada. Cuba tenangkan hati kita dengan berkata :

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segala yang terjadi padaku, hanya Engkau memahami segala perit hatiku. Aku yakin Engkau mengira setiap kesedihanku, Aku redha dengan apa yang Engkau takdirkan untukku. Maka janganlah Engkau palingkan hatiku dariMu. Jika kesedihan ini lebih Engkau sukai untukku, maka tabahkanlah aku. Hanya Engkau berhak keatasku kerana aku hanya hambaMu, Ya Allah Ya Tuhanku.


            Kemudian kita cuba meredhakan, melepaskan apa sahaja yang kita rasa sedih. Mungkin kereta rosak, barang hilang, awek lari, pakwe hilang (baguslah) dan sebagainya. Syukurlah atas apa yang kita masih ada. Bukan hanya bersedih atas apa yang tiada pada kita. Lupakah milik siapa semua ini? Bersangka baiklah denganNya. Allah tidak akan menarik sesuatu yang kita ada melainkan pasti akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik.


Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: ayat 5 dan 6) 

            Benar,ujian memang susah,namun lupakah kita, Allah berjanji akan menemani kita pada setiap langkah?


Untuk lebih motivasi, lawati Page KhadimulQuran di sini.

Siapakah kita?

Bismillahirrahmanirrahim.

 

      Bagi saya, blog adalah satu amanah. Cewah. Haha. Ok serius. Kita menulis sesuatu, kita bertanggungjawab atas semua yang terdapat dalam entri tersebut. Each and every word of it. Saya tak nak ditanya kenapa tulis sekian-sekian nanti di sana. Tapi tetap terasa mahu menulis. Mahu berkongsi. Sedikit pun rasa puas hati. Saya yakin niat yang baik, akan dipermudahkanNya. Dia Maha Adil kan.

Kita adalah apa yang kita baca. Maybe betul, namun saya lebih berminat dengan statement " Kita adalah apa yang kita tulis". Seems right. Haha. So kalau dah tulis, kita kena ikut atau amalkan apa yang ditulis. Dah jadi satu motivasi di situ. Hehe.

Who are we?

 

      Em untuk soalan ni, macam-macam jawapan akan keluar. Lain orang lain jawapan. Tapi yang pasti, setiap orang ada peranan dalam dunia milik Allah ni. Sedangkan sekecil-kecil hidupan macam bakteria Lactobasillus Shirota strain (seems familiar? ini bakteria dalam Yakult la. Haha) pun ada tujuan. Takkan kita sebagai khalifah ini hanya untuk suka-suka? Orang yang kurang sempurna pun Allah dah jadikan dia untuk sesuatu sebab. Boleh jadi sebagai motivasi kepada kita yang kurang bersyukur dengan nikmatNya.  

Everything created for a reason.

        Dan sebab itu jugalah kita, manusia, diberikan akal. Supaya kita berfikir. Kenapa, bagaimana dan siapa. Adik saya pun dah pandai tanya, " Abang, kenapa kita lahir?". terkedu saya. Nasib baik tak tanya macam mana dia lahir. Masak nak terangkan sesatu. Haha. The point is, carilah apa yang kita boleh sumbang pada masyarakat amnya, dan kepada Islam khususnya. Kalau setiap seorang menyumbang sesuatu, bayangkan hebatnya kebangkitan semula umat Islam nanti.

Tidak kira apa kerja kita, apa taraf kita, semuanya Allah tak pandang. Kenapa?  Sebab Allah yang takdirkan kita jadi seperti itu. Allah benarkan kita jadi begitu dengan sebab. Contoh, sebagai seorang despatch.

       Nampak seperti remeh, tapi bayangkan kalau mat despatch buat kerja sambil lewa? Berapa banyak dokumen akan pending, urusan akan tertangguh dan sebagainya. Cuba bayangkan sebaliknya. Kalau dia sentiasa jujur, sabar dan sentiasa melakukan yang terbaik walhal hanya menghantar dokumen, nescaya akan memudahkan pelbagai urusan orang lain. Dan ingat, jika kita memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan mudahkan urusan kita selayaknya. Mudah kan?

      Sedangkan seorang bayi pun sudah berperanan sebagai tempat ayah dan ibunya mendapat ketenangan hanya dengan melihat telatah si keci mereka. Sekecil mana peranan kita, lakukan dengan sebaiknya. Seikhlasnya. Mudah mudahan Allah menerima usaha kecil kita ini.

Sebelum kita lakukan yang terbaik, cuba kita bertanya pada diri sendiri, siapakah kita?






Popular Posts