Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
| Adakah kita rasa ujianNya terlalu berat? |
Ujian. Semua manusia akan diuji. Semua. Lelaki, wanita. Kaya, miskin. Ujian adalah sesuatu yang kita tidak boleh elakkan. Jika mereka yang selalu hidup dalam kesenangan, kesenangan itu adalah ujian. Jika mereka selalu hidup dalam kekurangan, itu adalah ujian mereka. Maha Suci Allah yang mengetahui apakah ujian terbaik untuk setiap hambaNya.
Tatkala kita diuji, kuncinya adalah Syukur. Dapat rezeki, kita syukur. Dapat ujian, kita sepatutmya turut bersyukur. Kenapa? Sebab kita dipilih. Kerana Allah tahu apabila kita diuji dengan ujian yang berat, doa kita, harapan kita dan pergantungan kita pada Allah jauh lebih baik dari waktu kita senang. Jauh lebih ikhlas dari waktu kita gembira.
MasyaAllah, Dia rindu ingin mendengar hambaNya merayu. Kalau kita merayu pada manusia, mereka akan bosan kelama-lamaan dan mereka akan rasa benci dengan kita. Namun bila kita merayu hanya pada Allah, makin Allah mahu mendengar rayuan, rintihan dan permintaan hambaNya. Kerana Maha Suci Allah yang menciptakan kita, Dia jugalah tempat kita kembali mengadu. Mana ada kereta yang rosak pergi servis di kedai komputer. Sudah pasti tempat selayaknya adalah bengkel kereta. Begitu juga dengan kita manusia. Selayaknya hanya Yang Maha Esa.

Masih bersedih?
Okay cuba lakukan perkara ini. Semasa kita sedih dan teringat perkara yang mendukakan kita, apa saja, kita letakkan tangan di dada. Cuba tenangkan hati kita dengan berkata :
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segala yang terjadi padaku, hanya Engkau memahami segala perit hatiku. Aku yakin Engkau mengira setiap kesedihanku, Aku redha dengan apa yang Engkau takdirkan untukku. Maka janganlah Engkau palingkan hatiku dariMu. Jika kesedihan ini lebih Engkau sukai untukku, maka tabahkanlah aku. Hanya Engkau berhak keatasku kerana aku hanya hambaMu, Ya Allah Ya Tuhanku.
Kemudian kita cuba meredhakan, melepaskan apa sahaja yang kita rasa sedih. Mungkin kereta rosak, barang hilang, awek lari, pakwe hilang (baguslah) dan sebagainya. Syukurlah atas apa yang kita masih ada. Bukan hanya bersedih atas apa yang tiada pada kita. Lupakah milik siapa semua ini? Bersangka baiklah denganNya. Allah tidak akan menarik sesuatu yang kita ada melainkan pasti akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik.
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya
sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah: ayat 5 dan 6)
Benar,ujian memang susah,namun lupakah kita, Allah berjanji akan menemani kita pada setiap langkah?
Untuk lebih motivasi, lawati Page KhadimulQuran di sini.

No comments:
Post a Comment