Sunday, 16 December 2012

Rasa memiliki itu bahaya?


Bismillahirrahmanirrahim

          Hari ini hari Ahad. Alhamdulillah cuti. (Maksud saya cuti ini adalah benar-benar tidak diganggu oleh kerja dan lain-lain pada hari kerja). Jadi apa yang biasanya dilakukan adalah bersama dengan keluarga, jadual normal dan rutin yang biasa sebelum saya berkerjaya.

Dan pada hari Sabtu dan Ahad jugalah saya selalu bersama dengan handphone saya yang tak berapa mahal ni. Sudah cukup asalkan dapat berhubung, catat apa yang penting, dan melayan game yang agak addicted di Google Playstore macam Clay jam dan Where's My Water. Haha. Seriously best.

Kemudian saya terfikir. Apa yang saya ada selama ini, dan semua yang disekeliling saya ini, milik saya kah?  Parents, keluarga, pekerjaan, makanan, pakaian, gajet atau apa-apa sahaja. Kita selalu rasa kita memiliki sesuatu atau seseorang itu. Normal. Sebab kita manusia. Mudah lupa.

           Jika kita berada di dalam sesebuah hubungan (yang halal), kita selalu akan rasa kita memiliki si dia. Rasa macam dia milik kita seorang. Totally milik kita. Jodoh kita la katakan. Dan jika kita mempunyai anak, perasaan begitu mesti akan kita rasai juga. Rasa macam kita ada hak yang total pada mereka. Sebenarnya, bagi saya, kita salah jika berfikiran sebegitu. Merasakan segala harta yang kita perolehi, mereka yang ada disekeliling kita, adalah hak kita.


Bagaimana jika kita ubah pemikiran itu?



            Cuba bayangkan jika kita merasakan kita memiliki seseorang, namun Allah yang Maha Tinggi mengambil dia dari kita, mungkin memberikannya pada yang lain, atau mengambil dia kembali kesisiNya, apa yang kita akan rasa? Jujur saya sendiri akan sedih yang amat sangat, terasa macam dunia dah gelap seketika.

Semua ini berlaku sebab kita lupa hakikat sebenar. Sebenarnya semua ini hanya pinjaman. Pinjaman dari Allah. Untuk kita supaya kita sedar yang semuanya tidak akan kekal. Sama ada kita yang akan pergi dahulu atau perkara yang kita 'miliki' itu akan diambil dulu.

              Mari kita cuba ubah. Cuba kita ubah pemikiran bahawa semua ini adalah pinjaman. Ibubapa, kereta, isteri, Galaxy Note II, kesihatan, nyawa. Supaya mudah-mudahan kita akan senang untuk melepaskan jika sampai masa nanti. 


Memang sukar melepaskan sesuatu.


Percayalah, jika kita yakin bahawa semua ini adalah pinjaman, lebih mudah untuk kita menerima takdirNya.

          Benar memang sukar. mengubah sesuatu yang kita dah amalkan sejak kita kecil. Tapi tiada yang sukar bagi Allah. Jika Dia mahu menarik sesuatu, tiada yang dapat menghalang dan jika Dia ingin memberi sesuatu, maka tiada yang dapat mempersoal. bagi saya, benar, rasa memiliki itu memang bahaya.


Berani betul kita rasa kita memiliki seseorang sedangkan jasad yang kita berada di dalamnya ini pun bukan milik kita.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts