Bismillahirrahmanirrahim.
Oleh kerana Harimau Malaya kalah dengan Thailand di AFF Suzuki Cup, saya nak ajak mak saya boikot masakan tomyam selama 8 jam. Bermula sekarang. Tapi rasa macam nak sarapan dengan somtam la pulak. Haha.
Tapi first time, dalam hidup saya, mak saya bergurau dengan saya fasal bolasepak. Dalam minit ke 78 match, mama hantar mesej begini " mama sarankan bhentilah bharap sebab harimau malaya dah kena 2-0 hihi :-D ". Terkejut saya mengalahkan kawan saya semasa Terasil Dangda menjaringkan gol pertama Thailand. Haha. Tak pernah pula saya tahu dia minat bola. Borak punya borak, baru dapat tahu mak saya minat tengok EPL. At least dia kenal beberapa pemain dan kelab bolasepak EPL (English Premier League).
Saya honestly terharu. Kenapa? Sebab mak saya cuba untuk menyelami dunia saya, mencari satu persamaan antara ibu dan anak.
Ini juga adalah antara beberapa sebab kenapa ibu bapa sekarang kurang rapat dengan anak. Tidak ambil endah akan perihal berkaitan anak. Kerana mereka sendiri tidak mahu tahu akan apa yang anak mereka suka, tidak suka dan sebagainya. Anyway, saya tidak mahu mengomen terlalu banyak. Sebab saya sendiri belum mengalami kesusahan sebagai seorang ayah. Mohon Allah mudahkan saya nanti. InsyaAllah.
Apa-apa pun, Harimau Malaya dah kalah. Terima dengan hati terbuka, dah nampak segala kelemahan, sila baiki dan berikan yang terbaik.
Dan bagi saya pula, jujur saya akan cuba lebih memahami mak saya. Jika dia cuba untuk memahami saya selangkah, sepatutnya saya cuba untuk memahaminya 3 langkah. Selagi kita masih hidup dan mereka masih bersama kita, cubalah yang terbaik untuk memahami mereka okay?
Lagipun, bukankah syurga kita bawah tapak kaki ibu kita?
![]() |
| Siapakah kita tanpa mereka? |

No comments:
Post a Comment