Friday, 14 December 2012

Kegagalan itu payah?


Bismillahirrahmanirrahim


Gagal bukan selamanya.


            Gagal adalah biasa. Normal. Semua manusia pernah gagal. Jika kita merasakan ada yang tidak pernah gagal, sentiasa senang, mungkin dia akan gagal di sana. Siapa tahu?


            Bilamana kita gagal, hanya kerana 2 sebab, sama ada kita masih tidak berusaha semampunya atau Allah sengaja menghalang kita dari sesuatu perkara yang Dia rasakan bukan yang terbaik buat kita. Sebagai contoh, ada antara kita yang gagal mengambil bidang jurusan yang kita inginkan di universiti. Malah ada yang lebih hebat ujiannya dengan tidak langsung dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Semuanya urusan Dia. Mempertikaikan kenapa jadi begini dan begitu  seolah kita tidak yakin akan perkara itu yang terbaik untuk kita.


           Berbalik kepada topik tadi. Mengenai kegagalan masuk ke universiti dan jurusan yang diinginkan. Namun cuba kita sama-sama lihat dari sudut positif. Jika kita tidak memasuki universiti, syarikat atau tempat yang kita berada sekarang, sudah tentu kita tidak berada di tahap sekarang dan mengenali insan-insan yang berada di sekeliling kita sekarang. Kita tidak akan merasai kenangan yang kita ada sekarang. What we do yesterday defines us today Tak tau siapa punya quote, but it is nice. Jujur saya bersyukur dengan apa, dimana dan siapa yang saya ada sekarang. Tanpa mereka, saya tidak akan jadi seperti saya yang sekarang. Kenangan itu saya akan bawa sehingga nafas terakhir saya. Honestly. Harapnya saya tidak nyanyuk la. Kena banyak baca Al-Quran semestinya. Tapi itu chapter lain.


 "Manusia merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan Cinta."


            Apa yang penting adalah sentiasa redha dan bersangka baik kepada Allah atas segala kegagalan kita. Kita ini hamba kan? Berani pula nak mempersoal takdirnya begini dan begini. Jika niat dan cara kita sudah sedia elok, tiada sebab kita akan gagal. Jika gagal, mungkin niat kita tidak betul. Tapi jika kita merasakan niat kita sudah tepat, maka bersabarlah. Lambat laun kita tetap akan dapat hasil usaha kita. Allah hanya ingin kita sentiasa mengharap padanya. 


Surah Al Baqarah : 216


              Mungkin Dia tahu kita akan mudah lupa diri jika kita sentiasa di atas. Jika kita 'tersadung',  itu adalah kerana Allah ingin kita melihat ke bawah dan menolong org yang turut sama di bawah. Jika kita mudah mendongak ke atas, itu bermakna Allah mahu kita sentiasa sedar yang semuanya datang dariNya.


            Anggaplah segala kesedihan dan kegagalan itu sebagai 'cuitan' dari Yang Maha Penyayang supaya kita berpaling kembali kepadaNya dan sentiasa menyedari bahawa Dia sentiasa hampir dengan kita, setiap masa, di mana sahaja.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts