Thursday, 13 December 2012

Sebab Untuk Bersedih?


Bismillahirrahmanirrahim

Kenapa bersedih atas perkara yang kita tahu akan pergi?



              Sejak 2 atau 3 bulan lalu, saya mengalami kesedihan. Pfft. Siapa yang peduli. Haha. Bak kata orang, mandi tak basah, makan tak kenyang. Tapi bab makan tu tiada kesan kot. Makan untuk hidup okeh. Takkan nak lapar sebab sedih?  Tak munasabah. Haha.

                 Apa-apapun, saya sudah sepenuhnya recover dari kesedihan itu. Tak mau la sedih-sedih dah. Malu la dengan mak saya nanti. Sebab untuk kesedihan itu, memang sebab keduniaan yang tidak sepatutnya kita lakukan. Lama kelamaan saya rasa sesuatu, dan bertanya pada diri sendiri, kenapa aku perlu sedih? Sepatutnya saya rasa gembira sebab Allah dah selamatkan saya dari satu perkara yang Allah tahu bukan yang terbaik untuk saya. Jika Allah tarik sesuatu dari kita, yakinlah perkara itu memang bukan yang terbaik untuk kita. Adakah Allah nak bagi yang tak baik dan tiada manfaat pada kita? Tidak sama sekali. Mustahil.

Jadi, jika kita masih merasa sedih atas sesuatu, cuba kita fahami ayat ini.


" Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berduka cita, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman" (Surah Ali Imran, ayat 139)


                    Saya bukan nak mentafsir ayat al-Quran atau apa kerana saya bukan ahlinya, cuma ayat ini benar-benar direct dan mudah difahami. Allah tidak mahu kita hanya bersedih atau berduka cita. Allah mahu kita meningkatkan keimanan kita dengan asbab kesedihan ini. Bila kita sedih, jadikan perkara itu sebagai sebab untuk kita lebih rapat dengan Allah. Lebih banyak doa padaNya, lebih banyak bergantung padanya. Lebih yakin merasakan bahawa Dialah yang mentakdirkan kesedihan itu. 

              Indah kan, bila Allah jadikan kita sedih supaya kita sedar bahawa hanya Dia yang ada penawar kesedihan tersebut.Lain kali jika saya sedih, saya akan cuba untuk mengingat kembali kata-kata ini :

Kenapa kita hanya memilih satu sebab untuk bersedih sedangkan Allah telah memberikan kita seribu sebab untuk berasa gembira?

So stand on your own feet dan berkata : 

Terima kasih Allah kerana menyayangiku dengan ujianMu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts