Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya berjaya mengumpul segala kekuatan dan keberanian yang ada dalam diri ini untuk akhirnya membuat sebuah weblog sendiri.
Rasa macam dah jadi ayah pula. Haha
Sekarang baru saya tahu, bagaimana susah nak hasilkan sebuah blog. Jujur saya akan lebih menghargai karya insan lain selepas ini. Benar, melalui lidah, banyak hati akan terluka, banyak manusia akan terasa, tapi apa yang saya harap, saya dulu yang akan terkesan dengan apa yang saya tulis disini selepas ini. I write to remind and improve myself.
Kenapa Blog?
Saya suka pada ayat ini, " Tegur Apa Yang Salah, Sebar Apa Yang Betul". Bahkan Rasulullah sendiri menyarankan kita menyampaikan ajarannya walau satu ayat. Satu ayat beb. Mudahnya contoh Rasul kita. Jika di Facebook saya suka post status yang saya rasa terkesan pada hati saya. Jadi saya mahu orang lain juga dapat faedah yang sama, mudah-mudahan. Namun di FB, tidak boleh terlalu panjang kerana setiap status akan dilihat orang even dia tak nak tengok. Jadi di blog, hanya mereka yang benar-benar nak sahaja akan lihat dan baca. Own choice.
Saya sangat-sangat-sangat baru dalam bidang penulisan ni. Tapi itulah tujuan blog ini dihasilkan. Supaya saya belakar benda baru dan menyebarkan apa yang benar serta bersedia utnuk ditegur. Apa guna menulis jika tidak mahu dikritik? Baik saya tulis artikel di surat khabar. (Ini perli). Tapi janganlah melampau. Kita Muslim kan. Hehe.
Semoga apa yang ada disini memberi manfaat kepada saya sepenuhnya dan orang
lain secara amnya. Tegurlah saya atas kesilapan saya. Musuh yang menegur kita lebih baik dari kawan yang hanya tahu memuji kita walaupun kita salah. Tak nak apa yang saya cakap akan menarik saya di sana. Nauzubillah.
Okay. Bismillahirrahmanirrahim, Hari ini secara rasmi,pada tanggal 12 Disember 2012, blog hanyahakim.blogspot telah lahir.

No comments:
Post a Comment